Sunday, December 6, 2009

Sembahyang Akhir Waktu

MySpace
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa
Amalan kita direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang, ada posmen pula
Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya…..
Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap
penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu Tolnya “free” Sekatan
tol tiada Tiada “jem” Malaikat terus sampaikan amalan pada TuhanUntuk dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah….
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi… penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..Jatuh berderai…
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua,
Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi.. Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai….Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka…
Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa..Ish….
Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai. Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti.
Ya Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai…Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun..Lagi Maha Penyayang...

No comments: