Tuesday, December 15, 2009

nk buat maksiat?

SYARAT NAK BUAT MAKSIAT??

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

~rehat minda anda~

~Rehat minda anda~

what's good for life??

* Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti itu kalau kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.*

~Doa penerang hati~

“Ya Allah bukankanlah hikmahMu dan turunkanlah rahmat daripada khazanahMu itu kepada kami,ya Tuhan yang maha penyayang”

***********

(Hebat di dunia tapi hampeh di akhirat...)

Mugkin Tuhan beri kelebihan makhluk nie kt dunia dengan kekayaan dan pangkat..tapi malangnya, dia xde nk bersyukur..Nikmat Islam pun tak dihargainya sebab hidup pun sama je dgn cara hidup orang-orang bukan Islam.. In other words, kt akhirat nanti dialah manusia yg sehampeh-hampehnya..xde makneee..

(Hampeh Di dunia tapi Hebat di akhirat..)

Semasa hayatnya di dunia, hidupnya terpinggir, tersisih, fakir, miskin..susah je memanjang..tapi dia x pernah lupapd perintah Tuhan dan dia x buat larangan Tuhan..Apa yang dia ada dia bersyukur..biarpun dicaci( caci maki saja diriku.. Sheila on7 la plak)..di hina..dia redha..Tunggu le kt akhirat nanti..dengan rahmat Tuhan dia akan menjadi orang yg hebat..masa tu semua makhluk n malaikat akan tabik hormat kt dia.. untung2 dpt masuk syurga tnpa dihisab..Insya-Allah..Dunia ni sementara je..

(Hebat Di Dunia dan Hebat di Akhirat..)
Biasanya orang bila da senang...mudah lupa diri..tapi adela gak 1 atau 2 dalam seribu orang..iman tetap maintain je..Lagi banyak dia dapat, lagi banyak dia bersedekah..berbelanja di jalan Allah..sebab dia tahu semua rezeki yg dtg tu pown dari Allah S.W.T..Orang yang hebat macam ni kt akhirat kelak dia akan diberikan kehebatan yg setimpal dengan semua usaha hebatnya membangunkan agama Islam..

(Hampeh di Dunia hampeh di akhirat..)

minta2..dijauhila dari golongan yg keempat nie..dunia dah hampeh..kt akhirat hampeh jugak..nie jenis kutu yang miskin, xde pegangan agama pastu buat jahat macam sibiling iblis yg hina itu..lalu dia hidup dlam kehinaan dan kembalinya ke hadrat Illahi dlm keadaan sehina-hinanya..

************

~rehat minda anda~


Whats good for life??

* Yesterday is not ours to recover, but

tomorrow is ours to win or to lose."*

~Doa mudah bekerja dan berfikir~

“Ya Allah,tidak ada yang mudah,kecuali sesuatu yang engkau jadikan mudah,engkaulah yang menjadikan sesuatu itu mudah”

********

~Rehat minda anda~

* 10-

Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.

* 11-

Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

* 12-

Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.

* 13-

Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat percaturan kehidupan.

* 14-

Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan kesyurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.

* 15-

Pilihlah persahabatan itu erlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

* *********************


Monday, December 14, 2009

Lawak Jenaka

Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..
Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak memenber trdekat topup, tp amik untung sket aar..
Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..
Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..
1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"
hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..
kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari di atas dlm pelbagai bahasa, blh menitik air mata beb..

Teka-teki

Anda bosan? Perlukan sesuatu yang menguji minda anda? Cubalah jawab teka-teki ini. Selamat mencuba!!

Soalan 1:

Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati...

2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang...

3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.

Soalan 2:

Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 3:

Binatang apakah yang paling kaya didunia?

Agk2nya apalah jwpnnya?? Harap bersabar utk menanti keluaran akan datang.. J

10 RANCANGAN KUFFAR HANCURKAN ISLAM

1.

Melenyapkan sistem pemerintahan Islam.

2.

Menghapuskan Al-Quran.

3.

Menghancurkan akhlak, fikiran, hubungan dengan Allah dan

membebaskan muslimin dengan mengikut hawa nafsu.

4.

Melenyapkan kesatuan muslimin.

5.

Meragukan muslimin pada agamanya.

6.

Melemahkan bangsa Arab.

7.

Mendirikan Negara dictator di dunia Islam.

8.

Memisahkan kaum muslimin dari menguasai perindustrian dan

membiarkan muslimin hancur dengan barangan barat.

9.

Menyingkirkan tokoh-tokoh Islam.

10.

Merosakkan wanita dan mengembangkan pergaulan bebas.

Astaghfirullah…Rupanya banyak sungguh rancangan kuffar terutamanya org2 barat untuk menjatuhkan kita. Jadi kita perlulah bersatu agar rancangan meraka ini gagal. Jika bukan kita siapa lagi??


Darul Taqwa dan Datuk Johar(episod3)

********
Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women\'s Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",
"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Bersambung…...

Sunday, December 6, 2009

PERANGI HAWA NAFSU


~renungan dari al-quran~
“ Dan milikNya meliputi segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan untukNyalah ketaatan selama-lamanya. Mengapa kamu takut kepada selain Allah? ”
An-Nahl : 52

~perangilah hawa nafsu anda sebaiknya~MySpace

Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.
Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Hawa nafsu musuh utama manusia perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”
Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".
Ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara jihad lain jarang sekali. Oleh itu, usaha melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.
Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat berbanding penaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]

tebaik untuk anda~

~Whats good for life??
*don't let what u can't do stops u from doing what u can do*MySpace
...
~Doa mengawal diri daripada sikap panas baran~
“Ya Allah sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukkan dan air yg sejuk,,,ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran”
......

keraguan anda??
MySpace

1) Banyak orang kata kalau buat sesuatu tu kerana Allah taala,tapi kebanyakkan orang sekarang nie lakukan sesuatu tue untuk diri sendiri..contoh..stdy..stdy kerana diri sendiri..kerna nak kaya..bukan kerana Allah taala…then soalannya yang dibelajar tue kan dapat pahalakah??

-hmmm....dlm hal nie...sebenarnya,Allah lebih mengetahuinya...kerna hanya Dia yg maha mengetahui qado n qadar manusia...hanya Allah yg berhak memberi pahala n dosa...kalo kita tengok sekarang ada juga orang yg x mengamalkan ciri2 islam tp still berjaya di dunia...akhiirat blum pasti...so..,kalo kita belajar dengan rajin,istiqamah...insyaallah Allah akan tunjuk jalan kemudahan dalam dia belajar...maybe dia akan tenang although dia taw apa yg dia belajar susah....

2) Bagaimana nak jadi golongan yg kusyuk dalam sembahyang???cne urh?

-nak sembahyang dengan kusyuk??>...apa2 pon sesuatu perkara kalau kita ikhlas dalam melaksanakanya...insyaallah nikmat la yg kita akan dapat...kepuasan yg dikurniakan...jadi apa2 pon kita perlu lah,mengikhlaskan diri kpd Allah swt dalam mengerjakan ibadat...wuduk itu penting,,,nak wuduk biar betul-betul...bak kata pepatah,...alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan or genggam bara api biar sampai jd arang...bila wuduk kita penuh tertib...x cincai je,insyaALLaH akan menjana la ke arah kekusyukkan nanti...time sembahyang pula..kena la fokus pada tempat sujud bak kita mentelaah buku sampai lewat malam....dengan kita memahami ayat al-fatihah jua dapat membawa kita ke arah kekusyukkan...kesimpulannya,kita perlu la berusaha memperbaiki diri agar perkara-perkara nie x megganggu konsentrasi kita dlm solat.

Sembahyang Akhir Waktu

MySpace
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa
Amalan kita direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang, ada posmen pula
Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya…..
Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap
penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu Tolnya “free” Sekatan
tol tiada Tiada “jem” Malaikat terus sampaikan amalan pada TuhanUntuk dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah….
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan Tetapi… penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..Jatuh berderai…
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua,
Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi.. Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
La…. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai….Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka…
Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa..Ish….
Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai. Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti.
Ya Allah… Ampunkan kami… Kerana lalai…Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun..Lagi Maha Penyayang...

Darul Taqwa dan Datuk Johar…. (Episod 2)

........
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur..Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.
Bersambung…...