Sunday, November 29, 2009

PETUA MENCUCI HATI

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
~~~~~~
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
Semasa berdo'a turut katakan "Ya, Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
- Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan
kebolehan diri sendiri. Katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".
Menurut kajian psikology, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -CUBALAH!!)

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10.Kekalkan wuduk

11.Bersedekah

12.Belanja orang makan.

13.Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhah

14.Berkawan dengan ulama

15.Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16.Pesan pada orang, jadi baik

17.Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dsb),

No comments: