Thursday, November 26, 2009

MENGAPA BEGINI YA ALLAH?

Fail?? Tidakkkkkk.... MySpace
"Kenapa aku tak lulus? Nak kata tak belajar aku belajar. Doa pun sudah. Sembahyang hajat pun selalu. Orang lain tak ulangkaji macam aku pun boleh lulus."
Pernahkah kita begini? Astaghfirullah. Pernahkah kita memikirkan hikmah disebalik satu kegagalan itu? Dalam mengharungi rencah hidup yang penuh renyah ini kadang kala kita juga tumpas dan tewas dalam menghadapi halangan. Tapi pernah kah kita fikir hikmah dan natijah disebalik kegagalan itu?

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.

(Al-baqarah:216)

Lepas tengok ayat ini apa kawan-kawan semua rasa? Mungkin kegagalan itu hikmahnya supaya kita lebih tekun berusaha. Mungkin juga supaya kita tidak mudah lupa siapa yang sebenarnya pemilik kejayaan itu. Mungkin juga hendak mengelakkan kita terus takbur dan sombong dengan kehebatan kita. Mungkin juga kerana DIA mahu kita terus sentiasa ingat kepada-NYA. Manusia, insan yang mudah lupa bila hidup senang lenang.

Mari kita lihat satu analogi :
Ada seekor monyer yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin kuat, halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu. Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas.

Pengajaran:
Jangan jadi monyet. Bukan! Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.

Maknanya, kalau gagal kena gembira ke? InsyaAllah kita cuba tenangkan fikiran, muhasabah dan fikir hikmahnya. Jika gagal tingkatkan lagi usaha dan doa. Akhir sekali, selamat berjaya untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah sekuat manapun kita diuji kita harus kuat untuk menghadapinya.

SEMOGA KITA AKAN LEBIH BERJAYA DI SEMESTER 2 INIMySpace

AMIN

Renungan dari AlQuran

Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan gurauan dan main-main. Dan sesungguh-nya kehidupan akhirat itulah yang sebenar, sekiranya mereka mengetahui

Al-Ankabut : 64

No comments: