Monday, February 1, 2010

Bagaimana dengan Solatku ye..

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.
*************
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab ?Aku adalah syaitan.? Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang buta pun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal.

Inilah senario kehidupan umat zaman akhir ini. Walaupun kita tahu solat itu tiang agama,kita tahu islam menang peperangan dengan solat berjemaah. Tapi kita ambil ringan sahaja tentang solat kita. Cuba kita renungkan, kenapa kita sanggup bersusah payah ke kuliah walaupun hujan. Tak kira la hujan lebat ke,petir ke,kita sanggup pergi.Tapi surau yang dekat sangattt dengan blik kita,kita malas nak pergi. Kenapa ye?? Cuba kita tanya diri kita. Yakinkah kita dengan janji Allah?? Mungkin ada yang soalan yg terbuku di hati kita,”Solat berjemaah tu penting ke?? Solat sendiri dengan berjemaah sama je”. Cuba renungkan, khusyuk kah kita solat sendiri selama ni? Pernah kita merasai nikmat solat tu sebenarnya? Atau solat kita selama ni hanya ritual sahaja semata-mata..bukannya spiritual. Cukup sekadar rukuk, sujud,dan tahyat sahaja cukuplah.Janji kita buat, sudahlah. Inilah golongan yang akan rugi di akhirat nanti. Golongan ini sedikit pun tak merasai nikmat solat itu sebenar. Ingatlah syabab,kita hidup ini untuk mencari keredhoan dan cintaNya.

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(surah al-an’am:162)

Ada tujuh golongan yang bakal mendapat naungan pada hari akhirat, berdasarkan sabda Rasulullah yang maksudnya:

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.“Mereka ialah pemerintah yang adil; pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada tuhannya; orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid; dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah; orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu dia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”; orang yang bersedekah secara bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya serta orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain.

Mahukah kita tergolong dalam golongan ini?? Tepuk dada Tanya iman..Ayuh syabab!! (pemuda pemudi),marilah kita menunaikan solat di masjid kerana disitulah akan terbitnya kesatuan ummah…

Renungan

Al-Quran

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh selamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?” (10)
“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

(11)_

(as-Soff:10-11)

No comments: