Monday, February 1, 2010

PERNAHKAH KITA TERFIKIR??

Arghh!!

tension betul dengan exam ni...tak boleh nak jawab..tapi..pernah tidak kita terfikir yang hidup ini suatu exam bagi kita. ‘Peperiksaan yang hakiki’ yang sedang dan akan terus dilalui oleh setiap hamba Allah pada setiap hari adalah satu peperiksaan yang akan menentukan kedudukannya di akhirat kelak. Sama ada mendapat kebahagiaan yang abadi atau ditimpa kecelakaan yang hakiki. Jika kita gagal dalam ‘peperiksaan’ ini, tiada lagi peluang untuk memperbaiki diri setelah kita kembali menghadap Allah ‘Azza wa Jalla.

“Sesungguhnya Kami lelah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” (Al-Insan: 2-3)

Masa yang diberikan
Kalau exam dunia kita tahu masa yang diperuntukkan. Kita tahu berapa jam diperuntukkan dan pukul berapa tamat. Kita boleh merangka strategi untuk menjawab soalan. Lagi hebat,kalu kita menduduki kelas tambahan untuk membaiki kelemahan kita,tapi exam Allah ini tiada siapa yang tahu bila habisnya atau tamatnya exam ini. Sedar-sedar sudah habis masa.,malaikat maut dah mencabut nyawa kita. Kalu kita mampu pergi ke kelas tambahan, semata-mata untuk membuat persediaan menjawab peperiksaan dunia,apalah salahnya kita pergi ke majlis-majlis agama untuk persediaan menghadapi Allah.

Soalan wajib
Semua orang tahu jadual peperiksaan. Hari ini fizik,esok kimia,lusa math. Semua orang dapat soalan yang sama tapi yang membezakan ialah tahap ilmu dan cara kita menjawab soalan peperiksaan itu. Bgitulah juga dengan peperiksaan Allah. Semua orang dapat soalan sama saja, siap sudah dibagikan jawapan dan dibocorkan lagi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Soalan yang Pak Imam selalu ulang dalam talkin, siapa tuhan kamu, siapa imam kamu,apa agama kamu.. Semua orang tahu jawapannya tapi tak ramai yang berusaha nak dapatkan jawapan yang terbaik. Kita semua tahu teorinya, tetapi praktikalnya hilang. Macam mana hendak lulus. Pemeriksa yang dua di dalam kubur itu sudah masak sangat dengan jawapan yang tidak berasas itu tambah lagi dengan keadaan akhir zaman ini.

Bila masa sudah tamat…
Biasalah, masa hendak hujung-hujung inilah orang kalut nak minta kertas tambahan, menggelabah semak jawapan, ada yang minta tambah masa. Itu pun masih sempat lagi.Kalau pemeriksa suruh letak pen, faham-faham sajalah. Exam sudah tamat!! Menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Siapa yang dapat buat baik, ulangkaji buku mestilah senyum lebar, yang mana buat hentam sahaja sesuka hati saja, mestilah berpeluh, takut, frust. Sudah boleh kita bayangkan result yang bakal keluar melalui cara kita menjawab exam. Tapi kalau peperiksaan Allah,mampukah kita nak curi masa nak buat amalan? “Eh kejap-kejap malaikat..aku tak beramal lagi,tangguh ajal aku kejap ye”. Siapa kita nak menangguh ajal? Malaikat maut tidak akan menangguh ajal kita walaupun sedetik pun. Dengan amalan yang tidak seberapa ini , layakkah kita menghidu bau syuga Allah dan sudah bersediakah nak menghadap Allah, pencipta seluruh alam? Tepuk dada tanya iman.

Jadi sementara exam yang masih berjalan ini, sementara masa belum tamat lagi mari lah kita baca Al-quran, melakukan sunnah Nabi dan arahan Allah. Mana yang silap itu kita padam elok-elok dan betulkan, jangan tunggu hujung-hujung masa. Mati tidak mengenal usia. Exam,exam juga tapi jangan lupa menunaikan kewajipan kepada Allah. Mulakanlah sesuatu dengan Bismillah. Selamat maju jaya.

Renungan

Al-Quran

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Ssungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

(Surah Ghafir ayat 60)

Bagaimana dengan Solatku ye..

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.
*************
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab ?Aku adalah syaitan.? Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang buta pun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal.

Inilah senario kehidupan umat zaman akhir ini. Walaupun kita tahu solat itu tiang agama,kita tahu islam menang peperangan dengan solat berjemaah. Tapi kita ambil ringan sahaja tentang solat kita. Cuba kita renungkan, kenapa kita sanggup bersusah payah ke kuliah walaupun hujan. Tak kira la hujan lebat ke,petir ke,kita sanggup pergi.Tapi surau yang dekat sangattt dengan blik kita,kita malas nak pergi. Kenapa ye?? Cuba kita tanya diri kita. Yakinkah kita dengan janji Allah?? Mungkin ada yang soalan yg terbuku di hati kita,”Solat berjemaah tu penting ke?? Solat sendiri dengan berjemaah sama je”. Cuba renungkan, khusyuk kah kita solat sendiri selama ni? Pernah kita merasai nikmat solat tu sebenarnya? Atau solat kita selama ni hanya ritual sahaja semata-mata..bukannya spiritual. Cukup sekadar rukuk, sujud,dan tahyat sahaja cukuplah.Janji kita buat, sudahlah. Inilah golongan yang akan rugi di akhirat nanti. Golongan ini sedikit pun tak merasai nikmat solat itu sebenar. Ingatlah syabab,kita hidup ini untuk mencari keredhoan dan cintaNya.

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(surah al-an’am:162)

Ada tujuh golongan yang bakal mendapat naungan pada hari akhirat, berdasarkan sabda Rasulullah yang maksudnya:

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.“Mereka ialah pemerintah yang adil; pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada tuhannya; orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid; dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah; orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu dia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”; orang yang bersedekah secara bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya serta orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain.

Mahukah kita tergolong dalam golongan ini?? Tepuk dada Tanya iman..Ayuh syabab!! (pemuda pemudi),marilah kita menunaikan solat di masjid kerana disitulah akan terbitnya kesatuan ummah…

Renungan

Al-Quran

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh selamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?” (10)
“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

(11)_

(as-Soff:10-11)

Kisah Dua Beradik dan Ayah

***********
Di dalam sebuah pendalaman, tinggal dua beradik bersama seorang duda. Ibu mereka telah meninggalkan dua orang anak lelaki kepada duda ini. Anak pertama bernama Ali dan mendapat pendidikan yang tinggi kerana kelulusan SPM yang melayakkannya. Manakala, anak kedua bernama Ahmad dan hanya belajar di sekolah pondok. Ayah kepada kedua adik-beradik ini memberi kasih sayang yang lebih kepada anak sulung kerana kelulusannya dalam bidang pendidikan. Ayahnya merasakan bahawa anak keduanya itu tidak memberi apa-apa faedah untuk dirinya. Maklumlah zaman sekarang mana ada menerima pekerja yang tiada kelulusan. Jadi anak pertamnya itu sering tiada di rumah kerana sibuk dengan belajar dan bekerja untuk membantu ayahnya.

Sampailah suatu masa ayah kepada kedua beradik itu memanggil anaknya untuk bertanya tentang satu soalan.

Ayahnya berkata, “Mengapakah itik mengeluarkan bunyi yang sangat bising?”.

Anaknya menjawab, “Oh, jawapannya mudah saja. Berdasarkan kajian sains, itik mengeluarkan bunyi yang bising kerana lehernya yang panjang dan.........(bla....bla...)”.

Itulah jawapan Ali yang sangat melebar panjang.

Tetapi berlainan pula dengan Ahmad.

Ayahnya mula tersenyum sinis dengan menyangkakan bahawa anak keduanya pasti tidak akan dapat menjawab soalan. Tetapi Ahmad menjawab dengan begitu yakin sekali dengan hanya tiga patah perkataan.

Jawabnya, “Semuanya kerana Allah”.

Terbahak-bahak Ali mendengar jawapan adiknya itu. Baginya jawapan itu tidak masuk akal. Ahmad tidak terkejut dengan kata-kata abangnya kerana dia sangat yakin dengan jawapan yang dipilih.

Dengan begitu yakin lagi dia berkata, “Semuanya kerana Allah. Kalau tidak kerana Allah bagaimana katak mengeluarkan bunyi yang kuat sedangkan lehernya pendek dan tidak sama seperti itik. Dan bagaiman pula dengan zirafah yang mempunyai leher panjang tetapi adakah dia mempunyai suara yang lantang?”

Abang dan ayahnya terkedu kerana mendapat tamparan yang hebat. Semua jawapan itu tidak pernah terlintas sedikit pun dalam minda mereka.

Ahmad menyambung lagi, “Segala yang ada di dunia ini semuanya kehendak Allah, semuanya kerana Allah. Firman Allah ‘kun fayakun’ maka jadilah ianya dengan kehendak Allah. Jadi janganlah kita perlekehkan soal yang kecil sekali pun. Kerana setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Allah juga menciptakan kita bukan dengan sengaja tetapi ada sebabnya iaitu

‘Dan Allah tidak menciptakan jin dan manusia itu selain untuk beribadah kepada Allah’ (Az-zariyat).

Dan banyak lagi firman Allah jika kita mengkajinya”
.

Jadi sama-samalah kita ambil pengajaran dari cerita ini. Segala yang salah bolehlah dibetulkan. Wallahua’lam.

Renungan dari

Al-Quran

Dan bersabarlah,kerana sesungguh-nya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan

(Surah Hud, ayat 115)

Thursday, January 28, 2010

THE ARRIVAL

*******
Hancurnya Dunia Memang Semakin Dekat

Ketika dunia hampir dengan kiamat yang datang nanti adalah Dajjal yang menyesatkan manusia. Dajjal banyak menipu manusia dan yang paling teruk sekali dia mendakwa dirinya sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Setelah beberapa tahun lamanya Dajjal hidup di dunia dan manusia sudah hampir semuanya menjadi kafir, barulah Nabi Isa as. diperintahkan turun ke dunia untuk membunuh Dajjal itu.

Tipu Daya Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:"Sesungguhnya tidak ada fitnah atau kerosakan di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kewafatanku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah tidak ada lagi nabi sesudahku. Setelah itu nanti ia mengaku sebagai tuhan. Ingatlah Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca mahupun buta huruf.Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang diseksanya dengan nerakanya hendaklah ia meminta pertolangan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. Diantara tipu dayanya juga dia berkata kepada orang Arab: 'Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagau tuhanmu ?'. Orang Arab itu akan berkata: "Tentu". Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya, sifat-sifatnya dan suaranya sama. Kemudian ibu bapanya berkata kepadanya: 'Wahai anakku, ikutilah dia sesungguhnya dialah tuhanmu.Tipu daya Dajjal yang lain iaitu ia bunuh seseorang kemudian dibelah dua. Setelah dia katakan kepada orang ramai: 'Lihatlah apa yang akan aku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula.' Dengan izin Allah, orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal itu bertanya: 'Siapa tuhanmu?'. Orang yang dibunuh itu kebetulan orang beriman menjawab: 'Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah'. Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga. Sabda Rasulullah SAW lagi: "Diantara tipu daya Dajjal juga, apabila disuruh langit menurunkan hujan, tiba-tiba hujanpun turun. Dia suruh bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya, tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling hebat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan demikian tanaman-tanaman mereka semuanya musnah. Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak di datangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal.

Apakah persedian kita untuk melawan dan mengelak fitnah dajjal ini?

teka-teki

Anda bosan? Perlukan sesuatu yang menguji minda anda? Cubalah jawab teka-teki ini. Selamat mencuba!!

Soalan 13:
Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Soalan 14:
Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?

Soalan 15:
Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?

Soalan 16:
Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 17:
Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?


Jwpn minggu lps:

Soalan 10 - :

Sebab anak dia tu perempuan

Soalan 11 - :

Buang tebiat

Soalan 12 - :

Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....

TANDA-TANDA KIAMAT

1)
Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1) diantaranya, yaitu penaklukan Baitulmuqaddis." – Sahih Bukhari
2)
Zina bermaharajalela .
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keledai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3)
Bermaharajalela alat musik .
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka."
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (musik) & penyanyi2 wanita " -Ibnu Majah
4)
Menghias masjid & membanggakannya .
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
5)
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim.
6)
Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
7)
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
8)
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mau mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9)
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
10)
Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita .
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapak2 kamu sebelumnya, karena itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim -

Darul Taqwa dan Datuk Johar…. (Episod Akhir)

********
" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan \'MAKRUFAT AIR TRANSPORT\' sibuk dengan urusannya..Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI" ~~TAMAT~~